Program kebajikan dan kemanusiaan
Maklumat program bantuan makanan, persekolahan, bencana dan kemanusiaan.

PROGRAM / 01
Bantuan keperluan asas
Bakul makanan dan keperluan harian untuk keluarga yang memerlukan.
Program Kasih Merdeka 2026 memberi manfaat kepada 250 penerima melalui dua sesi agihan bakul makanan pada 27 Ogos dan 14 September 2026.
Lihat rekod program
PROGRAM / 02
Pendidikan & anak-anak
Persiapan pakaian persekolahan agar anak-anak melangkah dengan yakin.
Program Seiring Kasih, Sejalin Sayang melibatkan murid daripada lima sekolah. Pembelian pakaian sekolah dilaksanakan pada 27 dan 28 Disember 2025.
Lihat rekod program
PROGRAM / 03
Bantuan pasca bencana
Menyampaikan bekalan asas kepada komuniti yang terjejas akibat banjir.
Misi pasca banjir 2024 menyampaikan makanan kering dan keperluan asas ke tujuh komuniti di Kedah, Kelantan dan Pahang.
Lihat rekod program
PROGRAM / 04
Misi kemanusiaan
Bantuan kepada komuniti yang terjejas di dalam dan luar negara.
Rekod aktiviti merangkumi bantuan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh, mangsa gempa dan tsunami di Palu, serta bantuan kepada rakyat Gaza-Palestin melalui Mesir.
Lihat rekod programKomuniti & kerohanian
Baik pulih Surau Al-Syakirin
SIAP SIAGA turut berkongsi usaha baik pulih dan menaik taraf Surau Al-Syakirin di Kampung Orang Asli, Kolam Air Bangkong, Dengkil, Selangor.
Baca kisah komuniti