Lambang rasmi SIAP SIAGAPertubuhan Sahabat
Siap Siaga MalaysiaSIAP SIAGA
+60 3-9171 8002
|
Semua aktiviti

Bantuan Pelarian Rohingya, Bangladesh · 2017

Perkongsian asal SIAP SIAGA dalam Bahasa Melayu. Tarikh di atas ialah tarikh penerbitan.

Bantuan Pelarian Rohingya, Bangladesh · 2017

Pertubuhan Sahabat Siap Siaga Malaysia telah berjaya melaksanakan Misi Penyampaian Bantuan Kemanusiaan kepada Pelarian Etnik Rohingya yang telah melarikan diri ke Bangladesh akibat dari keganasan yang tercetus.
Misi bantuan ini telah dijalankan pada 11hb Februari hingga 16hb Februari 2017 dimana pihak kami telah berjaya menyempurnakan misi penghantaran bantuan makanan secara terus kepada mangsa-mangsa di penempatan-penempatan pelarian etnik Rohingya sekitar daerah Ukhiya, Cox Bazar, Bangladesh.
Hampir melebihi 125,000 orang pelarian Rohingya itu dilaporkan telah melarikan diri ke Bangladesh dan angka korban akibat konflik ini serta serangan oleh pihak tentera Myanmar dan pelampau Buddha dikatakan berjumlah lebih 3,000 orang. Antara mangsa korban adalah kaum wanita, kanak-kanak dan warga tua.
Kami berharap agar bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya ini dapat meringankan beban mangsa yang pastinya akan berhadapan dengan krisis kekurangan bahan makanan dan perubatan.

Foto program

Kembali ke arkibKisah seterusnya