Lambang rasmi SIAP SIAGAPertubuhan Sahabat
Siap Siaga MalaysiaSIAP SIAGA
+60 3-9171 8002
|
Semua aktiviti

Seiring Kasih, Sejalin Sayang 2025

Perkongsian asal SIAP SIAGA dalam Bahasa Melayu. Tarikh di atas ialah tarikh penerbitan.

Seiring Kasih, Sejalin Sayang 2025

Program Seiring Kasih, Sejalin Sayang anjuran Pertubuhan Sahabat Siap Siaga Malaysia telah berlangsung dengan penuh rasa syukur dan keprihatinan melalui pembelian pakaian persekolahan buat murid-murid daripada keluarga asnaf dan kurang berkemampuan.
Program ini telah memberi manfaat kepada murid-murid daripada sekolah-sekolah berikut:
Sek. Keb. (Lktp) Ulu Jempol
Sek. Keb. Felda Jengka 3
Sek. Keb. (Felda) Jengka 4
Sek. Keb. Maran
Sek. Keb. Seri Keramat
Pembelian pakaian sekolah telah dilaksanakan secara berfasa selama dua hari iaitu pada 27 Disember dan 28 Disember 2025, bagi memastikan setiap murid dapat membuat persiapan sesi persekolahan baharu dengan lebih yakin dan ceria.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga serta menyuntik semangat buat anak-anak untuk melangkah ke alam persekolahan dengan penuh keyakinan dan harapan.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga segala kebaikan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.
#SeiringKasihSejalinSayang
#SahabatSiapSiaga
#PrihatinBerkongsi
#AnakAnakHarapanBangsa

Foto program

Kembali ke arkibKisah seterusnya