Lambang rasmi SIAP SIAGAPertubuhan Sahabat
Siap Siaga MalaysiaSIAP SIAGA
+60 3-9171 8002
|
Semua aktiviti

Malam Puisi Untukmu Somalia · 2012

Perkongsian asal SIAP SIAGA dalam Bahasa Melayu. Tarikh di atas ialah tarikh penerbitan.

Malam Puisi Untukmu Somalia · 2012

Malam Puisi Untukmu Somalia ini adalah satu program yang telah dirangka oleh Pertubuhan Sahabat Siap Siaga Malaysia (SIAP SIAGA) sebagai suatu usaha kebajikan untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa pelarian dan kebuluran yang terlibat dengan kemarau dan peperangan di Somalia terutamanya di beberapa kawasan paling bergolak. Majlis ini telah diadakan pada 31hb Mei 2012 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Oleh yang demikian program ini juga secara tidak langsung akan dapat membantu mangsa-mangsa yang terlibat daripada terus menderita. Selain itu usaha SIAP SIAGA mengadakan misi ini sedikit sebanyak akan dapat menyerapkan semangat suka membantu tanpa mengira sempadan benua demi mengurangkan penderitaan mangsa serta dapat memupuk semangat saling bantu membantu dan gotong-royong di kalangan setiap rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang bangsa, agama dan budaya. "Malam Puisi Untukmu Somalia ini adalah program mendeklamasi puisi oleh beberapa orang sasterawan yang terkenal. Antaranya pendeklasmasi puisi yang dijemput ialah seperti:
1. YBhg. Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin
2. YBhg. Puan Salmiah Ismail
3. YBhg. Tuan Syed Mohd Zakir Syed Othman
4. YBhg. Puan Zurinah Hassan
5. YBhg. Puan Zaiton Ajamain
6. YBhg. Encik Abd. Ghafar Ibrahim (Pak Agi)
7. YBhg. Encik Ahmad Fedtri Yahya
8. YBhg. Dr. Haji Shamsudin Othman
9. YBhg. Puan Hajah Rogayah A.Hamid
10. YBhg. Prof. Madya Dr. Hajah Hamidah Abd. Hamid

Foto program

Kembali ke arkibKisah seterusnya