Lambang rasmi SIAP SIAGAPertubuhan Sahabat
Siap Siaga MalaysiaSIAP SIAGA
+60 3-9171 8002
|
Semua aktiviti

Menziarahi Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands · 2011

Perkongsian asal SIAP SIAGA dalam Bahasa Melayu. Tarikh di atas ialah tarikh penerbitan.

Menziarahi Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands · 2011

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Sahabat Siap Siaga Malaysia (SIAP SIAGA) telah membuat tinjauan dan melawat mangsa kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Tanah Rata, Cameron Highland pada 18 Ogos 2011.
Tragedi menyayat hati yang berlaku pada jam kira-kira 5:45 petang 7 Ogos 2011 yang lalu telah mengorbankan tujuh nyawa serta mencederakan beberapa yang lain ini telah mendapat perhatian daripada SIAP SIAGA untuk menghulurkan bantuan dengan seberapa segera kepada mangsa.
Program ini diketuai oleh Datuk Abdul Raman Suliman yang mempengerusikan Program Misi Bantuan Bencana Alam - SIAP SIAGA. Semua ahli keluarga mangsa yang terlibat kini telah ditempatkan di penempatan sementara di Dewan Sekolah Kebangsaan Cina, Berinchang.
Pada tinjauan tersebut pihak SIAP SIAGA telah menyalurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh itu terutamanya kepada mangsa yang beragama Islam bagi meringankan beban mereka untuk meneruskan ibadat puasa dan juga untuk persiapan mereka menyambut Aidilfitri.
Turut hadir di penempatan sementara tersebut ialah wakil dari pejabat daerah Berinchang, wakil dari Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Tok Batin serta Ahli Jawatankuasa Bahagian Hal Ehwal Islam Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil.

Foto program

Kembali ke arkibKisah seterusnya