Lambang rasmi SIAP SIAGAPertubuhan Sahabat
Siap Siaga MalaysiaSIAP SIAGA
+60 3-9171 8002
|
Semua aktiviti

Bantuan kepada Rakyat Gaza-Palestin · 2014

Perkongsian asal SIAP SIAGA dalam Bahasa Melayu. Tarikh di atas ialah tarikh penerbitan.

Bantuan kepada Rakyat Gaza-Palestin · 2014

Program pengumpulan dana bantuan kemanusiaan untuk mangsa-mangsa kekejaman tentera zionis ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai sasaran yang telah diharapkan.
Oleh itu pada 7hb Oktober 2014 yang lalu beberapa orang pegawai dari SIAP SIAGA telah berlepas ke Kaherah, Mesir bagi menyerahkan dana tersebut.
Pada 8hb Oktober 2014, setibanya anggota delegasi dari SIAP SIAGA ini telah disambut oleh pegawai kedutaan Malaysia di Kaherah iaitu En. Husaini yang juga Setiausaha Kepada Tuan Yang Terutama Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia di Mesir.
Para delegasi telah diberikan taklimat serta penerangan berkenaan dengan program penyerahan dana bantuan kemanusiaan tersebut yang telah diatur oleh pihak kedutaan. Antara lain En. Husaini turut memaklumkan keadaan sebenar yang sedang berlaku di sekitar kawasan Rafah sehingga menyukarkan bantuan untuk sampai secara terus kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
Pihak kedutaan turut memaklumkan bahawa badan bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia adalah termasuk dalam senarai utama antara negara yang tidak dibenarkan melepasi sempadan Rafah ekoran faktor keselamatan. Apatah lagi pihak tentera Mesir masih mendapat tentangan dari puak pemberontak sehingga menyukarkan sebarang bantuan dapat melepasi sempadan tersebut.
Oleh itu atas nasihat serta keadaan keselamatan di kawasan tersebut maka majlis penyerahan dana bantuan kemanusian untuk rakyat Gaza-Palestin telah diadakan pada keesokan harinya iaitu 9hb Oktober 2014 di Hospital Palestin, Kaherah. Kehadiran delegasi dari Malaysia ini telah disambut oleh pegawai pentadbiran hospital yang diketuai oleh Dr. Salleh yang juga seorang rakyat Palestin.
Majlis penyerahan dana bantuan kemanusiaan ini telah disampaikan sendiri oleh Presiden SIAPSIAGA. Beliau telah meluangkan masa beramah mesra dengan pesakit-pesakit yang berada di hospital tersebut. Beliau turut dimaklumkan bahawa masih ramai lagi mangsa-mangsa yang cedera dan tidak dapat dibawa untuk rawatan dan juga pembedahan akibat dari masalah di sempadan Rafah. Turut hadir di majlis penyerahan tersebut ialah wakil Kedutaan Malaysia di Mesir iaitu En. Mohd Husaini Zainuddin dan En. Omar Diab, Pegawai Kewangan Kedutaan Malaysia di Kaherah.
Pada 10hb Oktober 2014, delegasi dari SIAP SIAGA Malaysia ini telah dijemput ke Kedutaan Malaysia oleh TYT Dato’ Ku Jaafar Ku Shaari, Duta Besar Malaysia di Mesir bagi majlis ramahmesra bersama-sama dengan wakil pelajar Malaysia dan juga pegawai-pegawai JAKIM yang bertugas di Kaherah, Mesir.
Kami di SIAPSIAGA amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan program bantuan kemanusiaan ini terlaksana dengan jayanya. Terima kasih juga di atas kepercayaan yang diberikan untuk menganjurkan program sebegini. Semoga lebih ramai lagi akan dapat dibantu di masa-masa akan datang.

Foto program

Kembali ke arkibKisah seterusnya