Lambang rasmi SIAP SIAGAPertubuhan Sahabat
Siap Siaga MalaysiaSIAP SIAGA
+60 3-9171 8002
|
Semua aktiviti

Bantuan Pelajar Malaysia di Mesir · 2014

Perkongsian asal SIAP SIAGA dalam Bahasa Melayu. Tarikh di atas ialah tarikh penerbitan.

Bantuan Pelajar Malaysia di Mesir · 2014

Kami di Pertubuhan Sahabat Siap Siaga Malaysia (SIAP SIAGA) mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Malaysia yang telah sudi menghulurkan bantuan demi membantu pelajar-pelajar Malaysia yang terkesan akibat tragedi berdarah di Kaherah, Mesir khususnya kepada para pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Zamalek dan Darul Ifta’.
Oleh itu pada 8hb Februari 2014 yang lalu beberapa orang pegawai dari SIAP SIAGA telah berlepas ke Kaherah, Mesir bagi menyerahkan dana tersebut.
Pegawai yang terlibat ialah Datuk Zamani Sulaiman selaku Presiden SIAPSIAGA merangkap Setiausaha Dewan Negara, Dato’ Mustapa Hj Othman, Timbalan Presiden SIAP SIAGA dan Tn Hj Maswan Darjoh, Bendahari SIAP SIAGA.
Majlis penyerahan telah diadakan pada keesokan harinya iaitu 9hb Februari 2014 setibanya mereka di Kaherah. Majlis penyerahan bantuan telah diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah dan disampaikan sendiri oleh Presiden SIAPSIAGA. Turut hadir di majlis penyerahan tersebut ialah wakil Kedutaan Malaysia di Mesir iaitu En. Faizal Abdul Karim, Kaunselor Kedutaan Malaysia di Kaherah dan En. Azmi Muhamad, Setiausaha Kedua (Pendidikan) di Kaherah dan ketua-ketua pelajar.
Seramai 40 orang penerima yang juga asnaf adalah terdiri daripada para pelajar Malaysia yang masih meneruskan pengajian mereka di sana. Sebanyak RM100,000.00 telah dibelanjakan bagi melaksanakan tujuan tersebut.

Foto program

Kembali ke arkibKisah seterusnya